TERMS AND CONDITIONS
Before joining Econsave’s “Glide to Gold” Contest on our official website, please ensure to read and understand the Terms and Conditions.
CONTEST TERMS AND CONDITIONS
The Terms and Conditions apply to all participants of Econsave’s “Glide to Gold” Contest on Econsave’s official website. By participating in the contest, you agree to abide by the Terms and Conditions as stated below:
ELIGIBILITY
The Contest is open to all Malaysian citizens above the age of 18. However, employees of Econsave, its subsidiaries and affiliates, agencies or any companies associated with the Contest as well as their immediate family members are not eligible to participate.
CONTEST CRITERIA
- Participants need to spend a minimum spending of RM50 in one transaction at any Econsave Hypermarket, Econsave Supermarket, Pasar Ekonomi Econsave or Econ2 between 8 January – 12 February 2025.
- Participants will need to tap “Start” to play as many times as they want until they are satisfied with the score.
- Participants need to complete the entry form with their details. Submission of an original printed receipt including the receipt’s invoice number as Proof of Purchase is mandatory.
- Participants may SUBMIT MULTIPLE ENTRIES, AS LONG AS EACH ENTRY USES A DIFFERENT INVOICE NUMBER with a minimum spend of RM50.
- Printed receipts must be retained until the end of the contest for verification purposes.
- Winners will be determined by a lucky draw system.
CONTEST DURATION
The Contest starts on 8 January 2025 and closes at 11.59 pm on 12 February 2025. Any entries submitted before or after the mentioned deadline will be deemed ineligible.
JUDGING DETAILS
- All information and Proof of Purchase must be submitted upon entry.
- No alteration of Proof of Purchase in any form is accepted.
- Handwritten receipts, purchase orders, and/or delivery notes will not be accepted as Proof of Purchase.
- Qualified entries will be automatically entered into a lucky draw system for the Grand Prize Draw, where all participants with valid entries are eligible.
- Participants may SUBMIT MULTIPLE ENTRIES, AS LONG AS EACH ENTRY USES A DIFFERENT INVOICE NUMBER with a minimum spend of RM50.
- Top 20 weekly winners will be selected based on the highest scores each week.
PRIZES
Winners will be selected based on the accuracy of their entry and adherence to the contest rules. Each winner is only entitled to ONE (1) prize.
The prizes for this contest are as follows:
- Grand Prize: 50g Gold Bar x 1
- 1st Prize: 10g Gold Bar x 1
- 2nd Prize: 5g Gold Bar x 1
- 3rd Prize: RM500 Voucher x 1
- Consolation: RM100 Voucher x 10
- Weekly Winners (5 Weeks): Top 20 scorers of the week will win RM50 Voucher each
WINNERS’ ANNOUNCEMENT
The winners will be announced via an Announcement Post on Econsave’s Facebook and Instagram page.
For this contest ALL details will need to be provided upon playing the game. Winner will be contacted via phone and verification of details will need to be conducted.
If we do not hear from the winner by then, another winner will be selected.
PRIZE REDEMPTION
The winner must provide Proof of Identity and Proof of Purchase (original printed receipt) for verification before the collection of the prize.
Winners are responsible for claiming their prize in person and covering their transportation expenses.
All prizes are non-transferable and exchangeable in any other form or manner other than that specified by Econsave.
Failure to provide any Proof of Identity and Proof of Purchase will result in disqualification of the winner and forfeiture of the prize.
CONTEST AND PRIZE REPLACEMENT
If necessary, Econsave is entitled to change the Contest Duration without prior notice.
In the unlikely event that the prize is unavailable, Econsave also has the right to replace the prize with another product of similar value.
PERADUAN ECONSAVE BELI & MENANG
Dengan menyertai Econsave Beli & Menang (“Peraduan”), anda (“Peserta”) mengakui telah membaca dan bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat yang tersenarai seperti berikut:
TERMA DAN SYARAT
- Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas (pada Jan 2025), kecuali kakitangan Econsave Malaysia (“Pihak Penganjur”) dan ahli keluarga terdekatnya, syarikat sekutunya, rakan kongsi perniagaan, pembekal/pengedar, agensi promosi/pengiklanan/perhubungan awam dan pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini.
- Peraduan ini berlangsung dari 8hb Jan 2025 hingga 12hb Feb 2025 (“Tempoh Peraduan”). Pihak Penganjur berhak untuk memindakan, melanjutkan atau menamatkan Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
CARA-CARA PENYERTAAN
Untuk menyertai Peraduan ini, setiap Peserta yang layak perlu dalam Tempoh Peraduan, melakukan perkara-perkara yang berikut:
- Beli barang di mana mana cawangan Econsave (termasuk Hypermarket/Supermarket, Econ2 & Pasar Ekonomi) dalam satu resit minima RM 50 dalam satu resit tunggal sepanjang tempoh peraduan.
- Ambil gambar resit pembelian. Pastikan gambar resit memaparkan jumlah pembelian, tarikh pembelian dan nama outlet dengan jelas.
- Peserta boleh menghantar BERBILANG PENYERTAAN, SELAGI SETIAP PENYERTAAN MENGGUNAKAN NOMBOR INVOIS YANG BERBEZA dengan perbelanjaan minima RM50.
- Isi borang penyertaan dengan lengkap.
KRITERIA PENILAIAN
- Semua maklumat dan Bukti Pembelian mesti dikemukakan semasa penyertaan.
- Sebarang pengubahan Bukti Pembelian dalam apa jua bentuk tidak akan diterima.
- Resit bertulis tangan, pesanan pembelian, dan/atau nota penghantaran tidak akan diterima sebagai Bukti Pembelian.
- Penyertaan yang layak akan dimasukkan secara automatik ke dalam sistem cabutan bertuah untuk Cabutan Hadiah Utama, dan semua peserta dengan penyertaan yang sah adalah layak.
- Peserta boleh menghantar BERBILANG PENYERTAAN, SELAGI SETIAP PENYERTAAN MENGGUNAKAN NOMBOR INVOIS YANG BERBEZA dengan perbelanjaan minima RM50.
- 20 penyertaan dengan dengan skor tertinggi akan dipilih sebegai pemenang mingguan setiap minggu.
HADIAH
Pemenang akan dipilih berdasarkan ketepatan penyertaan dan pematuhan kepada peraturan peraduan. Setiap pemenang hanya layak menerima SATU (1) hadiah sahaja.
- Hadiah untuk peraduan ini adalah seperti berikut:
- Hadiah Utama: Jongkong Emas 50g x 1
- Hadiah Pertama: Jongkong Emas 10g x 1
- Hadiah Kedua: Jongkong Emas 5g x 1
- Hadiah Ketiga: Baucar RM500 x 1
- Saguhati: Baucar RM100 x 10
- Pemenang Mingguan (5 Minggu): 20 peserta dengan skor tertinggi setiap minggu akan memenangi Baucar RM50 setiap seorang.
- Tertakluk kepada terma dan syarat lain yang dinyatakan di dalam perjanjian hadiah.
- Sekiranya hadiah yang ternyata tidak didapati atas apa jua keadaan, Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain tanpa sebarang notis. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai, dipindah milik dan akan dipersembahkan kepada pemenang yang tertakluk kepada semua kenyataan di dalam Terma dan Syarat ini.
- Peserta boleh memenangi maksimum SATU (1) Hadiah sahaja di dalam Peraduan ini.
PEMILIHAN PEMENANG
- Hanya peserta yang memenuhi syarat peraduan dengan tepat layak untuk memenangi.
- Pihak Penganjur akan menghubungi pemenang-pemenang. Sekiranya Pemenang tidak dapat dihubungi, maka Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menggantikan Pemenang kepada peserta seterusnya.
- Pemenang yang dihubungi perlu disahkan dahulu mengikut informasi yang dihantar kepada Econsave.
- Pihak Penganjur akan menentukan cara menghantarkan atau pengambilan hadiah berdasarkan hadiah yang dimenangi. Pemenang seharusnya mengaturakan pengambilan hadiah tersebut ia termasuk pengaturan pengangkutan sendiri.
- Wakil untuk pengambilan hadiah tidak akan dilayani.
- Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang hadiah yang tidak ditebus. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang hadiah yang tidak diterima. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kecacatan, kehilangan, kerosakan atau kecurian yang berlaku semasa proses penghantaran dan penerimaan hadiah. Pemulangan hadiah oleh pemenang tidak akan dilayani.
LAIN-LAIN
- Dengan menyertai Peraduan ini dan menerima hadiah, Peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar, butiran peribadi, dokumen, dan maklumat tanpa sebarang bayaran royalti dan/atau bayaran pampasan untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain, termasuk, tanpa had kepada sebarang rakaman berkaitan dengan Peraduan ini dari semasa ke semasa.
- Pihak Penganjur berhak memindahkan butiran peribadi yang diberikan dalam Peraduan ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan) kepada agensi yang dilantik bagi segala tujuan pengurusan Peraduan ini dan komunikasi dengan Peserta. Pihak Penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan segala butiran peribadi adalah sulit dan dilindungi daripada penyalahgunaan, mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi.
- Pihak Penganjur berhak membatalkan penyertaan dan/atau Peserta yang berikut tanpa perlu memberikan sebarang bukti atau penjelasan kepada Peserta:- Penyertaan pendua, tidak lengkap, tidak jelas, rosak, lambat, penyertaan tanpa resit, penyertaan yang disyaki sindiket, perolehan resit secara haram dan/atau mana-mana penyertaaan lain yang tidak dapat dipertikaikan dan mewujudkan persoalan kepada Pihak Penganjur.
- Semua Peserta bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang disebabkan, secara langsung atau tidak oleh penyertaan mereka dalam Peraduan ini dan juga daripada penebusan atau penggunaan hadiah. Peserta adalah atas tanggungan sendirinya untuk sebarang cukai, insurans, atau perbelanjaan yang mungkin dikenakan disebabkan oleh penyertaan dalam Peraduan ini atau memenangi hadiah berkenaan. Dengan menerima atau menggunakan mana-mana hadiah, Peserta bersetuju untuk melepaskan tanggungan Pihak Penganjur, semua rakan niaganya dan pihak lain yang berkaitan dengan Peraduan ini, termasuk pengarah, pegawai, kakitangan dan ejen mereka daripada mana-mana tuntutan, pendakwaan, sesi penilaian, kerosakan, kerugian atau liabiliti yang ditanggung, berkaitan dengan penyertaannya dalam Peraduan ini dan penerimaan, penebusan atau penggunaan mana-mana hadiah.
- Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang salah tafsir untuk fakta yang berkenaan untuk hadiah yang ditawarkan dan diterbitkan di mana-mana media massa, pemasaran atau bahan pengiklanan. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Pihak Penganjur tidak membuat sebarang representasi dan/atau jaminan berkenaan mana-mana hadiah untuk Peraduan ini. Khususnya, Pihak Penganjur tidak memberikan jaminan berkenaan kebolehdagangan, kualiti hadiah atau kesesuaian hadiah untuk sebarang tujuan.
- Pihak Penganjur atas budi bicaranya boleh menambah, menggugurkan, mengubahsuai atau meminda apa-apa Terma dan Syarat, kaedah Peraduan, hadiah-hadiah yang telah ditetapkan atau apa jua yang berkenaan dengan Peraduan ini tanpa memberi notis terlebih dahulu dan Peserta adalah terikat dengan pembaharuan tersebut. Segala pampasan atau tuntutan kerugian, kerosakan dan kesulitan yang berlaku kepada Peserta (sama ada dalam wang tunai atau bentuk lain) disebabkan oleh pemindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan secara langsung atau tidak, sepertimana yang disebut di atas tidak akan dilayani.
- Sekiranya berlaku percanggahan, konflik, ketidakpastian dalam Terma dan Syarat Peraduan ini, Pihak Penganjur akan membuat penilaian atas budi bicaranya secara mutlak dan segala keputusan oleh Pihak Penganjur adalah muktamad.
- Peserta memahami bahawa dia mempunyai hak untuk mengakses, membetul atau menarik balik persetujuan untuk mendedahkan maklumat peribadinya yang dipegang oleh Pihak Penganjur. Permintaan tersebut boleh dibuat melalui e-mel di customer_support@econsave.com.my
- Pihak Penganjur menghormati keperibadian individu sehubungan dengan data peribadi yang diberikan oleh Peserta untuk Peraduan ini. Peserta boleh merujuk kepada econsave.com.my untuk Notis Penuh di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Data peribadi yang diberikan oleh Peserta akan digunakan semata-mata untuk Peraduan ini sahaja.
- Terma dan Syarat Peraduan ini hanya terdapat dalam Bahasa Malaysia sahaja.
NOTIS AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
Notis data peribadi ini (“Notis”) bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda akan diproses oleh atau bagi pihak Econsave (“Econsave” atau “kami”).
Dengan penghantaran borang penyertaan Peraduan ini, anda bersetuju untuk memberi kebenaran untuk memproses data peribadi anda oleh Econsave seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.
Kami akan memproses data peribadi yang disertakan kepada kami, seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor perhubungan, alamat dan apa-apa data peribadi lain yang diminta dalam borang penyertaan Peraduan ini.
Econsave akan memproses data peribadi anda, termasuk maklumat tambahan yang diminta kemudian oleh Econsave, untuk tujuan perhubungan (jika berkenaan) dan Peraduan ini.
Data peribadi yang diberi mungkin akan didedahkan kepada pembekal perkhidmatan untuk tujuan yang ternyata diatas. Pembekal perkhidmatan termasuk pihak anjuran, urusan atau operasi yang diberikan kuasa untuk Peraduan ini.
Anda bertanggungjawab untuk memastikan data peribadi anda yang diberikan kepada kami adalah terkini, tepat, lengkap dan tidak mengelirukan. Anda boleh mengakses dan meminta pengubahan data peribadi anda dan/atau menghadkan pemprosesan data peribadi anda, atau membuat sebarang pertanyaan atau pengaduan mengenai data peribadi anda, melalui emel di: customer_support@econsave.com.my.
Company
Policy & Guidelines
